{ Pernah }
Posted on: Tuesday, 15 October 2013 |



 Pernah?Pernah tak kau rasa sayang sangat
kat seseorang;
Sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu;
Sampai kau sanggup maafkan apa jua salah dia
kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kalau kau pilih
untuk lupakan dia;
sampai dia kau letak paling atas
apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia, mustahil
sampai bukan kau bayangkan
malah kau doakan.
Pernah?